Pada hari Rabu iaitu 7 April 2015 telah diadakan ujian SEGAK untuk murid tahap 2 yang diketuai oleh En. Amir Faiz dengan dibantu oleh semua guru-guru.
SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan "Jangkauan Melunjur"
Objektif SEGAK ialah menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal murid.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi komen..........