SUDI-SUDILA MENGISI BUKU PELAWAT APABILA BERKUNJUNG DI SINI...TQ

Tuesday, 6 May 2014

Tuesday, 22 April 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38 SK PELANGAI KG. JAWI-JAWI 2014

\
\


Mesyuarat PIBG SKPJJ telah dirasmikan oleh En. Mohammad Shahid Bin Ismail, A.A.P,Yang DiPertua Majlis Perbandaran Bentong, pada:

         Tarikh                 :           16 April 2014
         Hari                    :            Rabu
         Masa                  :           4.00 Petang
         Tempat               :           Dewan Sk. Pelangai Kg. Jawi-Jawi


Friday, 18 April 2014

MINGGU PPDA

Pada 20 Mac 2014 telah diadakan minggu PPDA di SK Pelangai Jawi-Jawi.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

  • Perutusan PPDA dibacakan oleh guru besar
  • Pertandingan mewarna dan melukis poster
  • Ceramah PPDA oleh Cikgu Halim





Thursday, 17 April 2014

SEKAPUR SIRIH SEPIAK PINANG-SALAM PENULISAN


"SEORANG INSAN GURU"


“Sekolah sebagai sebuah organisasi formal, mempunyai ciri-ciri organisasi kompleks yang lazimnya wujud seperti hari ini. Ia mempunyai matlamat, khususnya untuk menghasilkan manusia terdidik dan berguna kepada negara.” (Rahimah Hj. Ahmad, 1982: 75.) 

     Situasi ini amat bertepatan untuk merujuk kepada, “Guru yang berperkerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin”. (Falsafah Pendidikan Guru Malaysia) 

     Aspirasi diri SEORANG INSAN GURU ini selanjutnya diperhalusi melalui frasa-frasa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Hal ini diungkap dengan menyatakan bahawa “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Tuesday, 8 April 2014

KEJOHANAN BOLA BALING DAERAH BENTONG 2014

Pada 1 April(Selasa) dan 4 April(Jumaat) SKPJJ telah menghantar pasukan bola baling lelaki dan perempuan menyertai pertandingan bola baling peringkat daerah Bentong di SK Sungai Dua. Pasukan tersebut diiringi oleh Cikgu Halim selaku GPK KOKO dibantu oleh Cikgu Amir, Cikgu Saida dan Cikgu Hanif dengan sokongan moral oleh Guru Besar SKPJJ sendiri. Pasukan  lelaki telah mendapat tempat ke-5 dari 11 pasukan yang bertanding manakala pasukan perempuan hanya sampai peringkat kumpulan sahaja. Walaubagaimanapun di ucapkan tahniah kepada semua pemain di atas semangat berjuang sehingga ke titisan peluh terakhir dalam pertandingan tersebut. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada jurulatih-jurulatih yang telah banyak berkorban dan sanggup mengorbankan cuti seminggu mereka demi melatih pasukan bola baling ini iaitu Cikgu Amir, Cikgu Nasrun dan Cikgu Halim. 




DOA KAMI BERSAMAMU MH370


Sebagai tanda keprihatinan terhadap kehilangan MH370 dari murid-murid tahun 1 SK Pelangai Jawi-Jawi 2014 


  • DOA KAMI BERSAMAMU MH370
  • MH370 PLEASE COME BACK
  • YA ALLAH SELAMATKKAN MEREKA SEMUA MH370

Friday, 21 March 2014

MAJLIS PERPISAHAN GURU BERPINDAH 2014



Pada 7/3/2014 Jumaat telah diadakan majlis perpisahan guru berpindah oleh kelab guru SK Pelangai Kg. Jaw-Jawi. Seramai 5 orang guru telah diraikan pada majlis ini iaitu:
  • En. Zaipullah berpindah ke SK Simpang Pelangai(Guru Besar)
  • En. Suhaimi  berpindah ke SK Kg. Shafie
  • Pn. Haslina berpindah ke SK (F) Kemahal
  • Pn. Roslima berpindah ke SK (F) Chemomoi
  • Pn. Aishah berpindah ke SK (F) Chemomoi
Pada majlis itu juga pihak sekolah berbesar hati menyampaikan sedikit cenderamata sebagai penghargaan diatas sumbangan guru-guru tersebut sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Pihak SKPJJ sedikit terkilan kerana En. Zaipullah tidak dapat hadir pada majlis ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Namun begitu SKPJJ mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru tersebut atas perkhidmatan mereka sepanjang berada di SKPJJ. 




PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA BALING



Pada hari khamis 20/3/2014 bertempat di Padang SK Pelangai Kg. Jawi-Jawi telah diadakan perlawanan persahabatan bola baling melibatkan 3 sekolah iaitu SK Pelangai, SK Simpang Pelangai dan SK (F) Kemahal. Perlawanan ini adalah sebagai persediaan untuk pertandingan peringkat zon Pelangai yang akan diadakan selepas sahaja cuti sekolah bulan Mac ini. Walaupun keputusan perlawanan persahabatan tersebut kurang memberangsangkan tetapi diharap murid-murid dan jurulatih dapat memperbaiki dan memperkukuhkan kelemahan-kelemahan yang telah dikenal pasti sebelum perlawanan sebenar nanti........

Sunday, 9 March 2014

SEKAPUR SIRIH

Assalamualaikum Warga SK. Pelangai Kg. Jawi-Jawi.....Salam 1 Malaysia